KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Berhad (ASB) sebanyak 7.30 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 berbanding 7.00 sen tahun sebelumnya.
Demikian diumumkan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji, di sini sebentar tadi. Ia membabitkan pembayaran dividen RM4.95 billion kepada pemegang unit, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion tahun kewangan sebelumnya.
PNB juga mengumumkan pembayaran bonus 1.25 sen, membabitkan nilai RM537.65 juta. "Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan RM70 bilion unit ASB," katanya.
source HERE
Hari ini saya telah berjaya menghantar borang permohonan untuk membuka akaun semasa yang ada Overdraft yang bersandarkan sijil ASB. Setelah menahan sabar berminggu rasanya sejak CIMB buat promosi OD BLR - 2.0% (akan berakhir pada 31/12/2009), akhirnya terlaksana juga projek OD/ASB saya ini.
OD/ASB CIMB
Minimum sijil : RM12,000
Rate : BLR - 2%
MOF : 90%
1. Bawa buku ASB ke cawangan ASNB untuk membuat sijil ASB.
Saya telah pergi ke cawangan berikut
Amanah Saham Nasional Berhad
No. 12 & 13
Kompleks Perniagaan Al-Azim
Jln. KPAA1, Bukit Baru
75150 Melaka
Phone: 06-2827361 & 06-2840690
Fax: 06-2839940
Sampai disana, saya mengisi borang permohonan untuk membuat sijil ASB. Dikaunter, borang yang telah diisi dan RM10 diberikan kepada kerani yang bertugas. Tak sampai 10 minit, semuanya beres. Sijil bernilai $$$$$ ada ditangan.
2. Call personal banker kat CIMB Batu Berendam
Saya call dan maklumkan sekejap lagi saya sampai disana nak buat OD/ASB. Sebab dah kenal dengan personal banker tu so senang lar nak berurusan. Apa yang diperlukan sebelum berjumpa dengan beliau
- IC
- Salary Slip
- Sijil ASB
- Buku ASB
Sampai disana berikan semuanya diatas untuk dibuat salinan sambil itu, silalah mengisi borang permohonan OD/ASB. Itu saja. Lepas semuanya selesai, boleh lar buat-buat tanya pasal produk CIMB yang lain seperti Credit Card, Refinancing, ASB Loan, Unit trust dan macam-macam lagi. Ini dapat memberikan semangat kepada beliau untuk mempercepatkan urusan permohonan anda :)
So, sekarang tunggu masa nak sign LO.
Update 20/11/09
Baru tadi pergi sign LO dan buat ATM kad. Minggu depan dah boleh ambik buku cek. OD masuk dalam 1-2 minggu bergantung kepada PNB. So, sekarang tunggu duit OD masuk.
Kos yang perlu untuk projek OD/ASB CIMB ini :-
Sijil ASB = RM10
CIMB Fees = RM162.15
*Deposit Akaun Semasa = RM500
Total : RM672.15
*Syarat untuk buka akaun semasa baru, boleh keluar balik jika perlu.
Update 10 December 2009
Hari ni duit OD/ASB sudah masuk. Mulanya tak perasan Account Balance sudah berubah sebab melihat pada Overdraft limit yang masih RM0.00. Rupanya, kena tengok Account Balance sebab besoknya baru Overdraft Limit dikemaskini. Apapun, Alhamdulillah, projek OD/ASB terlaksana dengan jayanya.
Update 25 January 2010
Hari ni call cimb bank sebab nak top-up OD yang sedia ada. Agak terkejut bila diberitahu, jika buat top-up hari ini, OD rate sekarang akan ikut rate BLR - 1.65% bukan lagi BLR - 2%. Ingatkan top-up ni tak mengubah rate yang lama. So, terpaksa batalkan nak buat top-up, tunggu OD rate turun balik ke 2%.
*ASB Loan untung atau tidak?
Disini saya menggunakan calculator ASB loan dan dividen untuk membandingkan 2 teknik penyimpanan yang menjadi bualan hangat masa kini iaitu;
i) Menyimpan sikit-sikit secara bulanan dalam ASB untungkah atau
ii) Buat pinjaman ASB dan bayaran bulanannya lebih kurang dengan teknik (i)
Kita set setiap tahun
ASB Dividen : 7%
ASB Bonus : 1%
Teknik (i)
Simpanan bulanan : RM600
Tempoh : 120 bulan @ 10 tahun
Hasilnya
TAHNIAH! Pada awal januari tahun ke 11, anda telah mempunyai aset bersih sebanyak $105,160.93
Modal sebenar : 600 x 120 = RM72000
Dividen + Bonus = RM33,160.93
Bagaimana dengan teknik ke (ii), mari kita lihat
Teknik (ii)
Jumlah pinjaman : RM100,000 (Tidak termasuk insuran jika ada)
Tempoh : 20 Tahun
Bank : CIMB
Kadar : BLR - 1.65% (BLR semasa = 5.55%) = 3.9%
Bayaran bulanan : RM600.72
*Dividen Tidak dikeluarkan
TAHNIAH! Pada awal januari tahun ke 11, anda telah mempunyai aset kasar sebanyak $205,148.88. Ia bukan nilai aset bersih kerana anda masih berhutang dengan CIMB. Jadi berapakah nilai aset bersih anda? Mari kita lihat, berapakah baki pinjaman anda dengan CIMB pada awal tahun ke 11.
Ya, baki pada awal tahun ke 11 ialah sebanyak RM59,613.05. Maka, bagi mendapatkan nilai aset bersih anda itu,
Aset Bersih = Aset Kasar - Baki pinjaman = RM205,148.88 - RM59,613.05 = RM145,535.83
Disini, anda pastinya sudah mendapat jawapannya. Selagi kadar dividen ASB lebih tinggi dari kadar faedah pinjaman maka teknik (ii) lebih menguntungkan.