Disini saya menggunakan calculator ASB loan dan dividen untuk membandingkan 2 teknik penyimpanan yang menjadi bualan hangat masa kini iaitu;
i) Menyimpan sikit-sikit secara bulanan dalam ASB untungkah atau
ii) Buat pinjaman ASB dan bayaran bulanannya lebih kurang dengan teknik (i)
Kita set setiap tahun
ASB Dividen : 7%
ASB Bonus : 1%
Teknik (i)
Simpanan bulanan : RM600
Tempoh : 120 bulan @ 10 tahun
Hasilnya
TAHNIAH! Pada awal januari tahun ke 11, anda telah mempunyai aset bersih sebanyak $105,160.93
Modal sebenar : 600 x 120 = RM72000
Dividen + Bonus = RM33,160.93
Bagaimana dengan teknik ke (ii), mari kita lihat
Teknik (ii)
Jumlah pinjaman : RM100,000 (Tidak termasuk insuran jika ada)
Tempoh : 20 Tahun
Bank : CIMB
Kadar : BLR - 1.65% (BLR semasa = 5.55%) = 3.9%
Bayaran bulanan : RM600.72
*Dividen Tidak dikeluarkan
TAHNIAH! Pada awal januari tahun ke 11, anda telah mempunyai aset kasar sebanyak $205,148.88. Ia bukan nilai aset bersih kerana anda masih berhutang dengan CIMB. Jadi berapakah nilai aset bersih anda? Mari kita lihat, berapakah baki pinjaman anda dengan CIMB pada awal tahun ke 11.
Ya, baki pada awal tahun ke 11 ialah sebanyak RM59,613.05. Maka, bagi mendapatkan nilai aset bersih anda itu,
Aset Bersih = Aset Kasar - Baki pinjaman = RM205,148.88 - RM59,613.05 = RM145,535.83
Disini, anda pastinya sudah mendapat jawapannya. Selagi kadar dividen ASB lebih tinggi dari kadar faedah pinjaman maka teknik (ii) lebih menguntungkan.
A Common Sense Plan to Return the Country to Prosperity
48 minutes ago
tuan, apa risiko paling besar kalau wat asb loan ni? kalau saya guna duit od utk mlabur blk dlm asb, rugi tak?
tuan gagak.itam,
Risiko paling besar rasanya ialah apabila BLR naik mendadak dan kita tak cukup budget nak tampung extra bayaran bulanan tersebut. Jika lebih 3 bulan kita tak bayar maka loan kita dah jadi Non-Performing Loan yang mana interest yg dikenakan BLR+% ikut dalam perjanjian dan rekod pinjaman kita akan jadi kurang cantik.
Tak rugi melabur balik duit OD ke ASB sebab pelaburan disitu lebih selamat. Selain ASB boleh juga melabur dibank persatuan yang memberi pulangan yg lebih baik.