KUALA LUMPUR 9 Ogos - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2010 sebanyak 6.35 sen seunit, naik 0.05 sen.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, sejumlah RM777.53 juta diperuntukkan untuk pengagihan pendapatan pada tahun ini berbanding RM587.70 juta sebelumnya.

Beliau menambah, pembayaran itu melibatkan 892,825 pemegang unit yang melanggan 13.1 bilion ASW 2020.

Sehingga 6 Ogos lalu, dana ASW 2020 telah menarik 20,226 pemegang unit yang baharu sementara jumlah bersih unit yang dilaburkan juga melonjak kepada 2.09 bilion unit.

Tambah beliau, sehingga 6 Ogos lalu, ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta, hasil keuntungan daripada penjualan saham sebanyak RM454.57 juta.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang RM290.99 juta manakala sumber pendapatan daripada pelaburan instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan berjumlah RM141.49 juta.

Pengiraan agihan pendapatan adalah berdasarkan purata baki terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2010, iaitu mulai 1 September 2009 sehingga 31 Ogos 2010, kata Ahmad Sarji.

Semua urus niaga ASW 2020 ditangguhkan mulai 25 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan yang dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September 2010..

Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat atau ejen-ejen Amanah Saham Nasional Bhd., pengurus ASW 2020, di seluruh negara mulai 1 September ini.

source HERE

Posted by Mr Thx Tuesday, August 10, 2010

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekapur Sirih Seulas Pinang

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Sharing is caring. This blog is about sharing information that available in web space. The information is related to Finance, Business & Trading.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Malaysia