Hari ini saya telah berjaya menghantar borang permohonan untuk membuka akaun semasa yang ada Overdraft yang bersandarkan sijil ASB. Setelah menahan sabar berminggu rasanya sejak CIMB buat promosi OD BLR - 2.0% (akan berakhir pada 31/12/2009), akhirnya terlaksana juga projek OD/ASB saya ini.

OD/ASB CIMB
Minimum sijil : RM12,000
Rate : BLR - 2%
MOF : 90%

1. Bawa buku ASB ke cawangan ASNB untuk membuat sijil ASB.

Saya telah pergi ke cawangan berikut

Amanah Saham Nasional Berhad
No. 12 & 13
Kompleks Perniagaan Al-Azim
Jln. KPAA1, Bukit Baru
75150 Melaka
Phone: 06-2827361 & 06-2840690
Fax: 06-2839940



Sampai disana, saya mengisi borang permohonan untuk membuat sijil ASB. Dikaunter, borang yang telah diisi dan RM10 diberikan kepada kerani yang bertugas. Tak sampai 10 minit, semuanya beres. Sijil bernilai $$$$$ ada ditangan.

2. Call personal banker kat CIMB Batu Berendam

Saya call dan maklumkan sekejap lagi saya sampai disana nak buat OD/ASB. Sebab dah kenal dengan personal banker tu so senang lar nak berurusan. Apa yang diperlukan sebelum berjumpa dengan beliau

- IC
- Salary Slip
- Sijil ASB
- Buku ASB

Sampai disana berikan semuanya diatas untuk dibuat salinan sambil itu, silalah mengisi borang permohonan OD/ASB. Itu saja. Lepas semuanya selesai, boleh lar buat-buat tanya pasal produk CIMB yang lain seperti Credit Card, Refinancing, ASB Loan, Unit trust dan macam-macam lagi. Ini dapat memberikan semangat kepada beliau untuk mempercepatkan urusan permohonan anda :)

So, sekarang tunggu masa nak sign LO.

Update 20/11/09

Baru tadi pergi sign LO dan buat ATM kad. Minggu depan dah boleh ambik buku cek. OD masuk dalam 1-2 minggu bergantung kepada PNB. So, sekarang tunggu duit OD masuk.

Kos yang perlu untuk projek OD/ASB CIMB ini :-

Sijil ASB = RM10
CIMB Fees = RM162.15
*Deposit Akaun Semasa = RM500

Total : RM672.15

*Syarat untuk buka akaun semasa baru, boleh keluar balik jika perlu.

Update 10 December 2009

Hari ni duit OD/ASB sudah masuk. Mulanya tak perasan Account Balance sudah berubah sebab melihat pada Overdraft limit yang masih RM0.00. Rupanya, kena tengok Account Balance sebab besoknya baru Overdraft Limit dikemaskini. Apapun, Alhamdulillah, projek OD/ASB terlaksana dengan jayanya.

Update 25 January 2010

Hari ni call cimb bank sebab nak top-up OD yang sedia ada. Agak terkejut bila diberitahu, jika buat top-up hari ini, OD rate sekarang akan ikut rate BLR - 1.65% bukan lagi BLR - 2%. Ingatkan top-up ni tak mengubah rate yang lama. So, terpaksa batalkan nak buat top-up, tunggu OD rate turun balik ke 2%.

*ASB Loan untung atau tidak?

Posted by Mr Thx Wednesday, November 18, 2009

2 comments

  1. gagak.itam Says:
  2. Salam bro. dlm Offer Letter tu dia ada sebut "interest rate on excess" = BLR+3.5%. dan beberapa kali jugak dia sebut 3.5% ni dlm terms and conditions lampiran tu. apa mksudnya ek? bukan ke interest p.a dia fixed BLR-1.65 (cimb putrajaya)? mintak bantuan ek.tq.

     
  3. Mr Thx Says:
  4. salam tuan gagak.itam,
    Tak silap saya, kalau kita tak bayar interest OD pada masa yang ditetapkan due date maka interest OD yg akan dikenakan ialah BLR+3.5%
    So, elok pastikan akaun OD kita cukup untuk menampung interest OD atas pelaburan yang kita buat diASB.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekapur Sirih Seulas Pinang

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Sharing is caring. This blog is about sharing information that available in web space. The information is related to Finance, Business & Trading.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Malaysia